Sacha Inchi
Sacha Inchi merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Amerika Selatan dan mempunyai beberapa nama seperti Inca Peanut dan Mountain Peanut. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Plukenetia volubilis. Selama beratus tahun, pokok ini di tanam di Amerika Selatan oleh orang asli di sana kemudian bermula pada tahun 80an, benihnya telah mula di eksport ke beberapa negara-negara lain termasuk asia. Tumbuhan ini telah mula di tanam di beberapa negara di Asia Tenggara dan telah menjadi makanan ringan ruji di sana.
Sacha inchi merupakan tumbuhan yang unik, terutama pada kepadatan nutrien yang sangat tinggi padanya. Antara nilai kesihatan yang terdapat padanya adalah keupayaan untuk memperbaiki penampilan kulit, mengawal tekanan darah tinggi, menurunkan berat badan dan banyak lagi, walaupun begitu, adalah perlu untuk pengguna memahami sepenuhnya butiran makanan ini, termasuklah maklumat pemakanan, potensi, manfaat kesihatan serta kesan sampingannya.
Sacha Inchi yang telah mencapai tahap matang
Buah tumbuhan ini adalah kecil dan berbentuk bintang, setiap buah mengandungi 4 hingga ke 7 biji dan ia bertukar menjadi warna hijau apabila sudah masak. Penggunaan buah yang mentah adalah sangat tidak disarankan, untuk menggunakannya anda harus memanggang buahnya terlebih dahulu, buah ini boleh menjadi snek yang lazat dan sangat berkhasiat, ini disebabkan oleh kepekatan nutrien yang tinggi yang terdapat padanya. Biji sacha inchi telah dikenali secara meluas sebagai makanan super pada kalangan pengalam perubatan tradisional dan ia mampu merawat beberapa jenis penyakit tertentu. Minyak yang terhasil daripada benih ini juga sangat dicari kerana kepekatan antioksidan dan sebatian organik aktif yang ada padanya, dan ianya akan lebih berkesan lagi, terutamanya untuk merawat jika ianya digabungkan bersama dengan beberapa jenis herba lain lagi, contohnya seperti keladi tikus.
Keladi tikus
Herba keladi tikus merupakan tumbuhan semulajadi yang dapat merawat beberapa jenis penyakit kronik, termasuk kanser, Keladi tikus ini mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan dapat mengurangkan penghasilan radikal bebas di dalam tumbuh, selain itu, ia mengandungi Ribosome Inactivating Protein yang hadir secara semulajadi di dalam tumbuhan ini yang mampu menghalang sel kanser daripada terbentuk dan berkembang. Penggunaan herba Keladi tikus mampu mengaktifkan mekanisma pertahanan semulajadi tubuh di dalam melawan kanser, penggunaannya secara berterusan pula dilihat dapat mencegah serangan kali kedua yang biasanya terjadi pada pesakit tahap 3 ke atas.
USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998. Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Jurnal serta tesis lengkap klik di sini
Keladi tikus yang memiliki khasiat anti kanser ini biasanya tumbuh di beberapa kawasan di asia tenggara seperti di Myanmar, Laos, Bangladesh, China, bahagian Utara Australia, Indonesia dan juga Malaysia, manakala pokok yang tumbuh di Malaysia ini merupakan antara yang terbaik kerana ianya menerima pencahayaan yang mencukupi selain kandungan nutrisi semulajadi yang tinggi di dalam tanah. Kajian yang dijalankan oleh beberapa buah universiti tempatan dan luar negara mendapati herba keladi tikus sangat berkesan bagi merawat beberapa jenis kanser ganas, termasuklah kanser payudara dan juga leukemnia.
Penggunaan herba keladi tikus tidak hanya digunakan untuk merawat kanser sahaja, malah ia turut digunakan sebagai langkah pencegahan, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah keturuan penyakit ini. Penggunaan herba keladi tikus asli ini berkesan mengurangkan risiko serangan kanser berulang sehingga 93%.
Sacha inchi menyokong kondisi dan emosi pesakit manakala keladi tikus pula merawat sel kanser yang terjejas terus dari dalam sel.